Team P3U2

 

 

  • Iklan PHS 1

  • Welcoming Banner 2

  • k

  • Landskap tekun

Selamat Datang ke Laman Web P3U

Sejarah Penubuhan

Pusat Perumahan dan Penginapan Universiti (P3U) dahulunya dikenali sebagai Unit Perumahan dan Penginapan Universiti (UPPU) yang telah ditubuhkan pada 1 Oktober 1998. Penubuhan UPPU adalah selepas penggabungan beberapa Desasiswa dan berperanan untuk menyelaras hal-hal yang berkaitan dengan penginapan dan perumahan dengan Desasiswa. UPPU ditempatkan terung dengan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar (HEPP)

Pada  Jun 2009, Bahagian Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar (BHEPP) telah melalui proses transformasi dan UPPU telah ditempatkan di bawah Sektor Perkhidmatan BHEPP. Pejabat UPPU juga dibuka di setiap BHEPP Kampus Kejuruteraan dan Kampus Kesihatan.

Pada tahun 2015 dan 2016, terdapat lagi penggabungan Desasiswa. Setelah diteliti dan dibincangkan, pihak Universiti melalui Jawatankuasa Pengurusan Universiti (JKPU) pada Mesyuarat Ke 81JKPU Bil 16/2016 (petikan minit 789.0) telah bersetuju agar UPPU ditransformasikan kepada Pusat Perumahan dan Penginapan Universiti (P3U) sesuai dengan perkembangan dan peranan yang terkini iaitu menjana pendapatan Tabung Pusat Desasiswa.

 P3U beroperasi di alamat berikut;

Aras 1 Bangunan H23, Kompleks Cahaya Siswa,
Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar & Alumni [BHEPA]
11800 USM, Pulau Pinang
Tel : 604-653 4459/4456 |  Fax: 604-657 8962 | Email: p3u@usm.my