Desasiswa

DESASISWA AMAN DAMAI FAJAR HARAPAN

Desasiswa ini terdiri daripada 8 buah blok asrama tiga tingkat dan 2 buah blok asrama empat tingkat yang boleh menampung seramai 1549 penghuni pada satu masa.
Istimewanya, terdapat juga kemudahan penginapan untuk pelajar kurang upaya di blok K01 dan K05.Desasiswa Aman Damai Fajar Harapan juga menjadi desasiswa rasmi bagi penginapan pelajar yang terlibat dengan keanggotaan Kor Sukarelawan Polis Siswa/Siswi (SUKSIS)

DESASISWA BAKTI PERMAI CAHAYA GEMILANG

Desasiswa Bakti Permai terdiri daripada sebelas buah blok penginapan khusus untuk pelajar Ijazah Tinggi seramai 1078 orang dan 956 untuk pelajar Ijazah Pertama.Disamping itu juga, Desasiswa ini juga menyediakan kemudahan perumahan berbentuk apartment bagi pelajar yang telah berkahwin sebanyak 107 unit apartment.

DESASISWA INDAH KEMBARA

Desasiswa ini terdiri daripada 4 buah blok asrama, dan 2 blok pentadbiran/kafeteria yang boleh menempatkan seramai 916 orang penghuni pada satu-satu masa. Desasiswa Indah Kembara menjadi desasiswa rasmi bagi penempatan Kor Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Darat dan Laut.

DESASISWA RESTU

Desasiswa ini terdiri daripada 2 buah blok penginapan 10 tingkat yang boleh menempatkan seramai 2,066 penghuni pada satu-satu masa. Pejabat pentadbiran Desasiswa Restu terletak di blok M07 yang juga menempatkan kafeteria desasiswa

DESASISWA SAUJANA

Desasiswa ini terdiri daripada 2 buah blok penginapan 10 tingkat yang boleh menempatkan seramai 1764 penghuni pada satu-satu masa. Pejabat pentadbiran Desasiswa Saujana terletak di blok M07 yang juga menempatkan kafeteria desasiswa.

DESASISWA TEKUN

Desasiswa ini terdiri daripada 2 buah blok penginapan 10 tingkat yang boleh menempatkan seramai 2066 penghuni pada satu-satu masa. Pejabat pentadbiran Desasiswa Tekun terletak di blok M09 yang juga menempatkan kafeteria desasiswa.