Desasiswa

DESASISWA JAYA UTAMA 

Lokasi Desasiswa Jaya terletak di Kampus Kejuruteraan, Seri Ampangan, Nibong Tebal.

Desasiswa Jaya menyediakan tempat penginapan kepada 1000 orang pelajar dalam dan luar negara. Ia mempunyai 3 blok utama iaitu blok M04 (200 penghuni wanita), blok M05 (200 penghuni lelaki) dan blok M06 (600 penghuni lelaki). Pelbagai kemudahan disediakan untuk keselesaan penghuni disediakan pada harga bilik yang berpatutan selain menawarkan pengisian melalui pelbagai aktiviti yang dianjurkan melalui MPDJ, BHEPP dan pusat pengajian.

Manakala Desasiswa utama merupakan  Pangsapuri Pelajar yang terletak di luar kawasan Kampus Universiti Sains Malaysia Kampus Kejuruteraan iaitu bertempat di Taman Ilmu Nibong Tebal. Ia  merupakan Pangsapuri Pelajar yang berkonsepkan seperti apartment dimana mempunyai 84 unit apartment termasuk sebuah unit apartment untuk golongan pelajar orang kurang upaya (OKU). Pangsapuri Pelajar yang berkapasiti 504 orang untuk sesuatu masa menpunyai 7 aras didalamnya yang digunakan untuk menempatkan ke semua pelajar Izajah Sarjana Lanjutan dan Doktor Falsafah dari dalam dan luar Negara.

DESASISWA LEMBARAN

Desasiswa Lembaran mula beroperasi sepenuhnya di Nibong Tebal pada 21 Mei 2001.

Sebelum ini Kampus Kejurutaraan USM terletak di Tronoh, Perak. Desasiswa Lembaran mempunyai 3 buah blok penginapan iaitu SH1, SH2 dan SH3.

Desasiswa ini menyediakan tempat penginapan kepada 1129 orang pelajar. Ia mempunyai 3 blok utama iaitu blok SH1 (200 penghuni wanita), blok SH2 (469 penghuni wanita) dan blok SH3 (460 penghuni lelaki).