Desasiswa

DESASISWA MURNI

Desasiswa Murni adalah sebuah kolej kediaman atau asrama pelajar bagi Kampus Kesihatan USM. Mula dibina pada tahun 1983 ianya kini mempunyai kapasiti 1555 katil atau dengan 412 daripadanya untuk penghuni lelaki. Desasiswa Murni sekarang mempunyai buah bangunan iaitu DM1, DM2, DM3, DM4, DM5 & DM6.

 DESASISWA NURANI

Desasiswa Nurani merupakan salah satu daripada Desasiswa yang terletak di Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia.  Desasiswa Nurani terdiri daripada 3 buah blok penginapan yang mana dikenali dengan Blok Putera, Blok Puteri dan Blok B.

Desasiswa Nurani menyediakan penempatan untuk pelajar-pelajar pra siswazah dari 3 buah Pengajian yang terdapat di Kampus Kesihatan iaitu Pusat Pengajian Sains Perubatan, Pusat Pengajian Sains Pergigian dan Pusat Pengajian Sains Kesihatan. Muatan pelajar adalah seramai 1212 orang pelajar (siswa dan siswi). Pelajar siswa seramai  414 orang ditempatkan di blok Putera. Manakala 798 orang pelajar siswi ditempatkan di blok Puteri dan Blok B. Kewujudan Desasiswa Nurani ini bertujuan untuk menyediakan kemudahan kediaman yang memiliki persekitaran tempat tinggal yang lebih selesa dan selamat.