Penginapan Luar

Penginapan luar di dalam kampus USM terbahagi kepada 2 kumpulan utama iaitu kumpulan pelajar dan bukan pelajar serta penginapan bujang di bilik-bilik asrama pelajar atau unit keluarga di rumah homestay.

 

TATACARA PERMOHONAN

 1. PENGINAPAN LUAR/SEMENTARA

  1. Maklumat Ringkas
  1. Semua tempahan penginapan daripada pihak luar mestilah dibuat melalui surat dan dialamatkan kepada ;

Pengurus Asrama

Pusat Perumahan Dan Penginapan Universiti,

Bangunan H23,

Bahagian Hal Ehwal Dan Pembangunan Pelajar & Alumni,

11800 USM, Pulau Pinang.

  1. Semua tempahan penginapan daripada pelajar USM mestilah dibuat melalui borang khas yang dikeluarkan oleh Pusat Perumahan Dan Penginapan Universiti , Bahagian Hal Ehwal Dan Pembangunan Pelajar & Alumni, Universiti Sains Malaysia.
  1. Pihak Universiti akan menghantar surat jawapan terus kepada badan luar/individu tentang penerimaan/penolakan tempahan dalam masa satu hingga dua bulan.
  1. Tempahan yang bersabit dengan lawatan, kegunaan dewan/bilik kuliah, untuk taklimat, ceramah dan seumpamanya hendaklah dialamatkan kepada:-

Timbalan Pendaftar

Pejabat Aset dan Operasi

Aras 2, Bangunan E42,

Canselori II, Universiti Sains Malaysia

11800 Pulau Pinang

  1. Tempahan untuk gelanggang sukan dan peralatan, sila hubungi:-

Pegawai Kemajuan Sukan Kanan

Unit Sukan

Universiti Sains Malaysia

11800 Pulau Pinang

A. Prosedur Tempahan

  1. Tempahan hendaklah dibuat tidak kurang daripada dua [2] bulan sebelum tarikh penginapan.
  2. Semasa membuat tempahan, sila nyatakan dengan tepat maklumat berikut:-

a. Bilangan Peserta Mengikut Pecahan Jantina

b. Kategori Dewasa/Pelajar
c. Tarikh `Check In’ Dan ‘Check Out’
d. Tujuan Tempahan

iii. Pembatalan tempahan hanya boleh dibuat dalam masa tidak kurang daripada satu [1] bulan dari tarikh penginapan secara bertulis.

iv. Semua penghuni adalah tertakluk kepada Peraturan Tatatertib Asrama dan peraturan Universiti yang sedia ada.

 

B. Prosedur Pendaftaran ‘Check In’ dan ‘Check Out’

i. Masa ‘check in’ ialah dalam waktu pejabat:-

Pagi - 8.30 pagI - 1.00 petang

Petang - 2.30 Petang - 5.00 petang

ii. Sila hubungi pejabat Desasiswa sekurang-kurangnya satu hari lebih awal sekiranya waktu dijangka tiba, di luar waktu pejabat.

 Masa ‘check out’ ialah jam 12.00 tengah hari.

 

iii. Bagi penginapan yang melewati jam 12.00 tengah hari, bayaran sewaan untuk satu [1] hari akan dikenakan.

 

C. Prosedur Bayaran

i. Bayaran pendahuluan sebanyak 50% daripada jumlah keseluruhan kos penginapan mestilah dibuat melalui bank draf atau wang pos Malaysia di atas nama Bendahari USM. Sila kembalikan Borang BPTP beserta bank draf/wang pos ke PPPU. Maklumat tersebut perlu dilengkapkan dengan jelas segala maklumat tempahan yang berkenaan.Baki bayaran mestilah diselesaikan semasa ‘check out’

Atau

ii. ‘Borang Pesanan Kerajaan’ dibuat berdasarkan jumlah keseluruhan kos penginapan;

iii. Borang Transaksi Dalam atau [Borang Q] bagi jabatan/persatuan pelajar USM; dan dikemukakan bersama-sama dengan Borang Pengesahan Tempahan Penginapan [BPTP] dalam masa 14 hari dari tarikh surat tawaran

iv Wang pendahuluan tidak dikembalikan sekiranya pembatalan tidak memenuhi syarat

v. Bayaran akan dikenakan mengikut jumlah penginapan yang ditempah, kecuali dimaklumkan seminggu sebelum tarikh penginapan.

 

D. Kadar Sewa/Tuntutan

 

Kategori

Kadar Harga/Malam/Orang

Bukan Pelajar/Pelajar Institusi Swasta

RM13.00

(kadar termasuk sarung bantal dan cadar)

Pelajar Institusi Pendidikan Kerajaan

RM4.00

(kadar caj sarung bantal dan cadar akan dikenakan sebanyak RM3.00/orang sepanjang penginapan)

 

.

 

Buat masa kini, P3U menawarkan 3 unit homestay yang boleh disewa. Ianya lengkap dengan perabut dan kelengkapan asas sesuai untuk penginapan berkeluarga bagi pengunjung dari dalam dan luar Pulau Pinang.

 Penginapan homestay ini dapat memberi keselesaan kepada penyewa dengan ruang yang luas dan kemudahan halaman untuk mengadakan sebarang acara aktiviti luar.


+ - Rumah Tetamu Click to collapse