Penginapan Pelajar

 

DEFINASI PELAJAR IJAZAH PERTAMA

Definasi Pelajar Ijazah Pertama adalah seorang pelajar yang berdaftar dengan USM yang berstatus aktif. Walaupun pelajar yang berdaftar tetapi berstatus selain dari status aktif, mereka tidak layak untuk menggunakan kemudahan USM termasuk kemudahan penginapan.

MAKLUMAT RINGKAS PENGINAPAN PELAJAR IJAZAH PERTAMA 

Pelajar baharu Ijazah Pertama akan diberikan keutamaan untuk mendapatkan penginapan di dalam kampus. Bagi pelajar senior pula mereka perlu memohon secara dalam talian bagi mendapatkan penempatan di desasiswa melalui portal www.campusonline.usm.my.

Urusan pemilihan dan penempatan Desasiswa pelajar senior akan dibuat oleh Jawatankuasa Pemilihan dan Penempatan Desasiswa. Pemilihan ini akan dibuat berdasarkan jumlah unit yang terkumpul hasil daripada penglibatan dalam sebarang aktiviti di dalam Universiti yang mana mata bagi setiap penglibatan adalah berbeza mengikut kategori.

 A. Penginapan di Desasiswa

Bilik Desasiswa Indah Kembara 1

1. Jenis Penginapan

  1. Bilik Seorang,
  2. Bilik Berdua,
  3. Bilik Bertiga

2. Kelengkapan Asas Setiap Bilik

  1. Meja & lampu belajar
  2. Katil & tilam
  3. Almari pakaian
  4. Cermin serta penyidai kain tuala.

3. Kemudahan Gunasama

  1. tandas di setiap tingkat
  2. Bilik Sterika
  3. Pantri – air panas dan sinki
  4. Bilik Dobi

B. Pelajar Berkeluarga (berkahwin)

1. Jenis Penginapan

a. Apartment 1 bilik
b. Apartment  2 bilik

2. Kelengkapan Asas Setiap Unit

a. Set sofa (ruang Tamu)
b. Meja belajar (Bilik Utama),
c. Almari baju (Setiap Bilik)
d. Katil Berdua (Unit 1 Bilik dan 2 Bilik)
e. Katil Seorang ( Unit 2 Bilik sahaja)
f. Tandas
g. Kabinet di ruang dapur.

 

3. Pelajar Berstatus OKU

  1. Jenis Penginapan
  • Bilik Berdua
  1. Kemudahan didalam bilik
  1. Meja & lampu belajar
  2. Katil & tilam
  3. Almari pakaian
  4. Cermin serta penyidai kain tuala
  5. Kemudahan mengikut jenis OKU
  1. Kemudahan Gunasama
  1. Tandas OKU
  2. Kemudahan OKU

 

 

 

 

 DEFINASI PELAJAR IJAZAH TINGGI

Seseorang dianggap sebagai pelajar Ijazah Tinggi setelah mendaftar dengan IPS berstatus aktif. Sekiranya pelajar belum mendapat surat tawaran dari IPS,atau berdaftar tetapi berstatus selain dari status aktif,  kadar sewa bukan pelajar akan dikenakan sehingga surat tawaran diperoleh (Bilik Desasiswa)

 

 

 

MAKLUMAT RINGKAS PENGINAPAN PELAJAR IJAZAH TINGGI

A. DESASISWA

Rumah Antarabangsa1

1. Jenis Penginapan 

a. Bilik Seorang
b. Bilik Berdua

2. Kemudahan didalam bilik

a. Meja & lampu belajar
b. Katil & tilam
c. Almari pakaian
d. Cermin serta penyidai kain tuala

 3. Kemudahan Gunasama

a. Tandas di setiap tingkat
b. Bilik Sterika
c. Pantri – air panas dan sinki
d. Bilik Dobi

2. Penginapan Berkeluarga (Berkahwin)

Rumah Keluarga BP1

1. Jenis Penginapan

a. Apartment 1 bilik
b. Apartment 2 bilik
c. Master Flat 1 Bilik
d. Master Flat 2 Bilik

2. Kelengkapan Asas Setiap Unit

a. Set sofa (ruang Tamu - Masterflat sahaja)
b. Meja belajar (Bilik Utama), 
c. Almari baju (Setiap Bilik)
d. Katil Berdua (Unit 1 Bilik dan 2 Bilik)
e. Katil Seorang ( Unit 2 Bilik sahaja) 
f. Tandas 
g. Kabinet di ruang dapur.

3. Pelajar Berstatus OKU

  1. Jenis Penginapan
  • Bilik Berdua
  1. Kemudahan didalam bilik
  1. Meja & lampu belajar
  2. Katil & tilam
  3. Almari pakaian
  4. Cermin serta penyidai kain tuala
  5. Kemudahan mengikut jenis OKU
  1. Kemudahan Gunasama
  1. Tandas OKU
  2. Kemudahan OKU

 

 

 

 

i. Pelajar Antarabangsa/Exchange 

Pelajar Antarabangsa/Exchange disediakan bilik-bilik penginapan di desasiswa sepanjang tempoh pengajian di USM. Namun, mereka boleh memilih untuk tinggal di luar kampus. Pelajar Antarabangsa/Exchange juga harus mematuhi syarat dan peraturan desasiswa seperti mana yang ditetapkan kepada pelajar tempatan.

ii. Penginapan Semasa Cuti 

Para pelajar USM yang memerlukan penginapan semasa cuti antara semester dan juga cuti panjang boleh memohon penginapan semasa cuti melalui iklan yang dikeluarkan sebelum peperiksaan akhir bermula. Kadar yang dikenakan adalah sama seperti mana kadar yuran semasa semester, tertakluk kepada desasiswa yang ditempatkan.

iii. Penginapan Sementara 
Bakal pelajar ijazah tinggi yang belum menerima surat tawaran rasmi dan juga pelajar PPPJJ boleh memohon untuk menginap secara sementara semasa semester dan semasa cuti semester, bergantung kepada kekosongan tempat.