Perumahan Staf


Para pegawai desasiswa disediakan unit kediaman keluarga untuk memudahkan tugas dan mobiliti mereka menguruskan hal ehwal dan kebajikan pelajar di desasiswa. Mereka terdiri daripada Penggawa-penggawa dan Penolong Penggawa yang dilantik dari kalangan kakitangan akademik dan pentadbiran universiti. 
 
Di Kampus Induk, universiti menyediakan perumahan bagi pegawai yang berkhidmat secara on-call. Buat masa kini, P3U hanya menguruskan perumahan 'stanby' bagi Pegawai Perubatan Pusat Sejahtera dan Pegawai Jabatan Keselamatan.  Bagi Kampus Kesihatan Kelantan, P3U menguruskan perumahan staf di Pasir Tumboh dan Pengkalan Chepa, Kelantan yang terdiri daripada rumah teres satu tingkat dan dua tingkat. Rumah ini disewakan kepada staf USM yang terdiri daripada pelbagai peringkat dengan kadar sewa yang berpatutan.
 Kediaman Transit Universiti disediakan untuk sementara kepada staf akademik yang mengikuti Rancangan Latihan Kakitangan Akademik (RLKA).Tempoh penginapan transit adalah selama 6 bulan dan boleh dilanjutkan tempoh sekiranya mendapat kelulusan pihak Universiti.

KADAR HARGA SEWAAN 

Jenis Penginapan  Kadar 6 Bulan Pertama  Kadar selepas 6 Bulan 
Kediaman 1 Bilik  RM 350.00 RM 400.00
Kediaman 2 Bilik RM 400.00 RM 450.00

*harga tidak termasuk caj penggunaan eletrik