Ruang & Dewan

{Dewan Utama Desasiswa } 

Dewan Utama Desasiswa terletak di Bangunan M08, Kompleks RST,  dan bersebelahan dengan Desassiwa Tekun.

Dewan ini merupakan sebuah dewan tertutup dan berhawa dingin sepenuhnya.

Diantara kemudahan yang disediakan didalam dewan ini adalah P.A System termasuk Projektor & Skrin, tandas, perabot dan tempat meletak kereta. Dewan ini menampung kira-kira 650 orang pada satu masa.

Maklumat penyewaan

A)           TEMPAHAN

1. Bagi tujuan rasmi universiti dan aktiviti yang bersesuaian dengan penggunaan di dalam dewan tertutup sahaja atau sebarang aktiviti yang dirasakan munasabah.

2. Tempahan persendirian hanya akan diterima sekiranya tiada tempahan pada tarikh tersebut untuk program/aktiviti rasmi Universiti.

3. Pihak Pusat Perumahan dan Penginapan Universiti (P3U)  berhak untuk membatalkan tempahan serta merta sekiranya terdapat aktiviti/program universiti yang perlu diberikan keutamaan pada tarikh tempahan tersebut.

4. Tempahan perlu dibuat selewat-lewatnya dua (2) minggu sebelum tarikh program/aktiviti berlangsung.

5. Sebarang permohonan tempahan mestilah menggunakan borang yang disediakan.

6. Sebarang pembatalan tempahan hendaklah dimaklumkan sekurang-kurangnya dua (2) hari lebih awal dari tarikh tempahan.

7. Sebarang pindaaan hendaklah melalui P3U dan tempahan tidak boleh dipindah milik.

8. Tempahan ini hanya tertakluk kepada tempahan dewan sahaja. Sebarang urusan tempahan dan pengggunaan perabot lain adalah tanggungjawab pengguna.

B)           WAKTU PENGGUNAAN

1. Bermula dari jam 8.00 pagi sehingga 12.00 malam sahaja. Sekiranya terdapat permintaan untuk menggunakan dewan selain daripada waktu yang dinyatakan perlulah membuat permohonan secara bertulis kepada P3U.

2. Dewan hanya akan dibuka oleh staf P3U yang bertugas berdasarkan kepada waktu yang dinyatakan dalam permohonan.

C)           PEMBAYARAN

1. Bagi tempahan persendirian, bayaran sewa mestilah dijelaskan sebelum tarikh penggunaan dan tiada bayaran dikenakan untuk program/aktiviti rasmi universiti.

2. Pembayaran sewa hendaklah dilakukan di Jabatan Bendahari sahaja mengikut kadar yang telah ditetapkan. Inbois bayaran akan diberikan bersama surat jawapan permohonan.

3. Sila pastikan pengguna meminta resit pembayaran di Jabatan Bendahari sebagai bukti pembayaran dan serahkan satu (1) salinan resit ke pejabat P3U untuk pengesahan.

D)           PERATURAN

1. Dilarang untuk mengubah/mengalih/membawa keluar sebarang perabut atau peralatan di dalam dewan melainkan telah mendapat kebenaran daripada pegawai yang bertanggungjawab.

2. Pengguna mesti bertanggungjawab ke atas kebersihan dan keselamatan peralatan yang terdapat di dalam dan di luar dewan semasa dan selepas penggunaan.

3. Pengguna juga akan bertanggungjawab membawa keluar dari kawasan universiti sebarang bentuk sisa makanan/sampah yang dihasilkan.

4. Pengguna dilarang keras membawa masuk sebarang makanan/minuman/perkara yang haram di sisi agama Islam dan sebarang benda yang boleh merosakkan/ mengotorkan/ mencacatkan struktur fizikal dan bukan fizikal dewan.

5. Tuntutan gantirugi akan dikenakan sekiranya pengguna meninggalkan dewan dalam keadaan kotor dan berlaku kerosakan atau kehilangan peralatan universiti yang dipinjam.

E)            HAL-HAL LAIN

1. Pihak Pusat Perumahan dan Penginapan Universiti (P3U) tidak akan bertanggungjawab ke atas apa jua bentuk kemalangan/kecederaan/kehilangan yang berlaku termasuklah harta benda pengguna semasa penggunaan dewan.

2. Sebarang syarat dan peraturan yang ditetapkan tertakluk kepada pindaan P3U dari semasa ke semasa.

        3. Borang Permohonan boleh didapati dari pejabat P3U atau hubungi di talian
        04-6534454 untuk pertanyaan lanjut.


{/slider}

 
kandungan