Ucapan Aluan Timbalan Pendaftar

 En Hafiz2

 

 

 

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera,              

Alhamdulillah Syukur Ke Hadrat Allah SWT kerana memberi peluang untuk saya menyampaikan bicara tinta di ruangan ini. Terlebih dahulu bagi pihak pengurusan, saya ingin mengalu-alukan dan mengucapkan selamat datang ke laman sesawang rasmi Pusat Perumahan dan Penginapan Universiti (P3U).

Perumahan dan penginapan pelajar merupakan satu komponen yang utama dalam membentuk dan melahirkan graduan yang holistik di Universiti Sains Malaysia. Bermula dari saat pelajar mendapat tempat dan tawaran kemasukan ke Menara Gading ini, aspek perumahan dan penginapan menjadi intipati penting dalam menentukan percaturan kehidupan sebagai warga kampus. Semua pelajar yang terpilih menghuni desasiswa dan juga kediaman dalam kampus seharusnya bersyukur dan menggunakan peluang ini sebaik mungkin untuk meningkatkan prestasi dalam bidang akademik dan ko-kurikulum sejajar dengan matlamat Universiti iaitu mentransformasi pengajian tinggi untuk kelestarian hari esok.

Bertepatan dengan matlamat ini juga, P3U sedang berusaha merencana dan merangka prasarana perumahan dan penginapan yang lebih kondusif untuk semua penghuni bagi mencapai tanda aras yang terbaik dan dipertingkatkan dari semasa ke semasa seiring dengan perubahan. Untuk itu, kerjasama daripada semua Warga Kampus diharapkan agar sama-sama berusaha memacu teras kecemerlangan APEX yang didukung bagi merealisasi impian. Bak kata pepatah; bulatnya air kerana pembetung, bulatnya manusia kerana muafakat..

Sekian, Wassalam…