Logo

LOGO ppp

  Keterangan Logo:

1. Latarbelakang logo berbentuk rumah menunjukkan peranan P3U sebagai pentadbir kepada semua bentuk kemudahan penginapan dalam kampus USM.

2. Simbolik bahagian atas dan tulisan panjang PPPU serta Pusat Perumahan dan Penginapan Universiti melambangkan kunci yang diperlukan bagi akses kepada semua jenis kemudahan penginapan.

3. Warna ungu yang terdapat pada tulisan PPPU adalah warna rasmi bagi Universiti.

4. Warna biru pada latarbelakang tulisan adalah lambang pemuafakatan dan perpaduan yang erat di kalangan warga kampus khususnya di antara pihak pengurusan dan para penghuni.

5. Keseluruhan logo bermaksud semua jenis kemudahan perumahan dan penginapan dalam kampus USM dikawalselia serta ditadbir urus oleh Pusat Perumahan dan Penginapan Universiti.